Monday, April 18, 2011

Smile


Wednesday, April 13, 2011

Pertandingan Fotografi Rengit Indah Ceria

Anjuran Bersama: JPMM Dun Rengit dan Kelab Fotografi SMK Permata Jaya
Tarikh Penyertaan 7 Mac - 29 April 2011

Syarat-syarat Pertandingan:
1. Terbuka kepada semua penduduk Malaysia kecuali urusetia serta ahli keluarga Urusetia Pertandingan Fotografi JPMM
DUN Rengit 2011.
2. Tema pertandingan adalah : “Rengit Indah Ceria”.
3. Penggambaran mesti diambil di dalam kawasan DUN Rengit sahaja.
4. Untuk mengekalkan keaslian foto, sebarang kesan khas dan pengeditasian TIDAK BOLEH dilakukan samasekali
menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Corel Draw dan sebagainya.
5. Foto mestilah asli dan tidak pernah disiar di mana-mana media massa dan pertandingan lain.
6. Foto mesti kali pertama dihantar dan perlu disertakan dengan penerangan imej, tarikh, tahun dan lokasi imej diambil
dalam lampiran yang berlainan dan tidak boleh dihantar kepada pihak ketiga.
7. Semua foto yang diserahkan akan menjadi hak milik penganjur dan penganjur berhak menggunakan foto tersebut
untuk apa-apa tujuan di masa hadapan.
8. Penganjur juga berhak mengguna, menerbit, mencetak dan mengubahsuai imej tersebut.
9. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan ke atas barang-barang, hasil seni, model,
individu atau objek yang terlibat dalam foto.
10. Penyertaan yang tidak menepati syarat dan kriteria tidak akan dipertimbangkan.
11. Keputusan pengadil adalah muktamad.
12. Setiap peserta diminta datang ke Pejabat Urusetia seperti alamat di bawah untuk mengambil borang atau muat
turun borang penyertaan(download) di laman web berikut:
http://www.permatajaya.kaunseling.net/downloads.php?cat_id=2 atau
http://closeuprengit.blogspot.com/
Cara Penyertaan:
1. Anda boleh sertai seberapa banyak penyertaan yang mana ianya hendaklah dalam format digital.
2. Semua penyertaan hendaklah gambar terkini dan berlokasi di DUN Rengit sahaja.
3. Hasil foto peserta perlu dihantar dalam DUA medium:
a) Softcopy - Minimum sebanyak 20 fail dalam format JPEG atau TIFF
- Disimpan dalam cakera padat lengkap dengan nama peserta
dan No. K/P
b) Hardcopy - Minimum sebanyak 1 keping bersaiz 11R (11” x 14”)
- Cetakan Full Color Hydemic menggunakan Glossy Paper
- Ditampal di atas mounting board bewarna hitam dengan
margin (atas, bawah, kanan, kiri = 3 cm)
4. Kos proses, cetakan gambar, dan penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
5. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 April 2011 jam 5.00 petang.
6. Semua bahan penyertaan hendaklah dihantar ke Pejabat DUN Rengit atau melalui pos ke:

Tuesday, April 12, 2011

Kursus Asas Fotografi 30 April 2011

Time: Saturday, April 30 · 8:00am - 5:00pm
Location: Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai, Pontian

Kursus Asas Fotografi 30 APRIL 2011
( BAYARAN RM50 SEBELUM 15 APRIL 2011 )
~ Anjuran Pelajar Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai ~

- Tutor, Tuan Nasharudin Suradi
- Sijil Penyertaan dari Kolej Komuniti
- Tempat adalah terhad
- Pengenalan kepada bidang fotografi
- Pengenalan tentang Kamera DSLR, Lensa dan peralatan fotografi
- Kawalan asas dedahan seperti ISO, Shutter dan Aperture
- Pemahaman kepada ciri-ciri cahaya, penggunaan dan kesan pada rakaman
- Asas Penggunaan Flash
- Asas-asas komposisi seperti framing, cropping, subjek, perspektif dan lain lain.
- Pendedahan pelbagai teknik dalam fotografi
- Sesi komentar gambar individu akan diadakan pada setiap penghujung sesi bagi memastikan pemahaman setiap peserta.
- Sesi praktikal dengan persekitaran disediakan oleh penganjur dapat memastikan peserta memahami teknik-teknik yang dipelajari.
- Nota yang lengkap untuk rujukan.

Untuk keterangan lanjut hubungi:
- 0197120296 Mohamad Zulfadli
- 0197764757 Alif Afiq
- 0177823380 Mohamad Nor Firdaus
- 0177177376 Moda Modi

Pembayaran:
Akaun Maybank
151445055362
Mohamad Nor Firdaus bin Selamat
( Sila SMS Nama / NRIC / No. Tel. ke 0177823380 untuk tujuan sijil)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | free samples without surveys